Dua maut nahas libat enam kenderaan di Putrajaya

20 Sep 2023 • 12:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua individu maut dalam nahas melibatkan enam kenderaan di Persiaran Utara menghala ke Presint 12 pada Rabu.

image is not available
Keadaan sebuah lori yang terlibat kemalangan.

PUTRAJAYA - Dua individu maut dalam nahas melibatkan enam kenderaan termasuk dua buah lori di Persiaran Utara menghala ke Presint 12, di sini pada Rabu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya memaklumkan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan Presint 14 dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 10.24 pagi.

"Anggota bomba turut dibantu sebuah Light Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan dua buah motosikal, dua lori dan dua kereta selain mangsa melibatkan sembilan individu termasuk dua mangsa yang disahkan meninggal dunia," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved