Dua maut, seorang parah kereta rempuh tiang elektrik

20 Aug 2023 • 8:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan Proton Waja yang dipercayai terbabas lalu merempuh tiang elektrik di hadapan sebuah kilang di Jalan Kuala Kangsar, di Ipoh awal pagi Ahad.

IPOH - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah setelah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu merempuh tiang elektrik di hadapan sebuah kilang di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini awal pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 2.17 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi.

Katanya, ketiga-tiga mangsa lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu didapati tersepit dalam kenderaan berkenaan susulan kemalangan itu.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta telah terbabas dan melanggar tiang elektrik. Anggota bomba menggunakan peralatan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

"Ketua operasi melaporkan, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Manakala seorang lagi cedera parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan ambulans," katanya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Mahir Mat Saad itu tamat pada jam 4.30 pagi. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved