Dua maut tercampak dalam nahas dua lori di Slim River

LocalCars
4 Aug 2025 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua lelaki maut, dua cedera selepas lori muatan telur merempuh treler simen di KM 372.1 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Slim River. Foto bomba

image is not available
Kemalangan melibatkan sebuah lori muatan telur ayam yang merempuh bahagian belakang sebuah lori treler muatan simen kampit yang diparkir di tepi jalan. Foto bomba

image is not available
Kedua-dua mangsa yang menaiki lori muatan telur ayam berusia lingkungan 20-an telah tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto bomba

IPOH - Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di KM 372.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Slim River pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River bergegas ke lokasi sejauh 10 kilometer.

**media[3225826]**

"Berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan membawa muatan telur ayam yang dinaiki empat orang iaitu seorang pemandu dan tiga kelindan merempuh bahagian belakang sebuah lori treler muatan simen kampit yang diparkir di tepi jalan.

"Kedua-dua mangsa yang menaiki lori muatan telur ayam berusia lingkungan 20-an telah tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

**media[3225828]**

Sabarodzi berkata, mangsa yang cedera ringan berusia 40 dan 30 tahun dihantar ke hospital berhampiran bagi menerima rawatan manakala mayat kedua-dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian. - Bernama