Dua maut terperangkap dalam pusaran air ketika bersihkan kolam

21 Nov 2026 • 12:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua maut terperangkap dalam pusaran air ketika bersihkan kolam
Dua pekerja maut selepas terperangkap dalam pusaran air ketika menjalankan kerja pembersihan saluran tersumbat di kolam takungan air hujan

SHAH ALAM – Dua pekerja maut selepas terperangkap dalam pusaran air ketika menjalankan kerja pembersihan saluran tersumbat di kolam takungan air hujan sebuah premis perkhidmatan kebersihan di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu itu melibatkan dua pekerja warga tempatan berusia 27 dan 30 tahun yang dipercayai terperangkap di dalam lubang overflow chamber sebelum meninggal dunia akibat lemas.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sedang menjalankan kerja penyelenggaraan serta membersihkan sampah yang menyumbat saluran di bahagian overflow chamber kolam berkenaan.

Menurut jabatan itu, keadaan berubah apabila laluan air dibuka, sekali gus menyebabkan pusaran air kuat yang mengakibatkan kedua-dua pekerja terperangkap dalam lubang tersebut.

“Seorang lagi pekerja yang berada di lokasi kejadian berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Susulan insiden berkenaan, JKKP Selangor mengeluarkan Notis Larangan terhadap kerja pembersihan overflow chamber yang tersumbat serta Notis Pembaikan kepada majikan berikutan kegagalan melaksanakan pentaksiran risiko bagi aktiviti berkenaan.

Jabatan itu turut meneruskan siasatan dengan memanggil pihak majikan dan saksi kejadian untuk membantu melengkapkan proses siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved