Dua maut tersepit selepas lori rempuh belakang treler

23 Sep 2024 • 9:26 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 23 SEPT: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan membawa barangan pejabat yang melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer (KM) 202 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan, dekat Sitiawan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada 3.33 pagi, sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan tiba ke lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Beliau berkata pemandu dan penumpang lori yang maut dikenali sebagai Razali Sahad, 48, dan Muhammad Alizzat Narayi, 28.

“Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang lori itu tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihak bomba telah mengeluarkan mangsa yang tersepit daripada lori berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada 6.05 pagi.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved