
KOTA MARUDU: Dua wanita maut manakala tiga lagi, termasuk seorang lelaki, cedera parah apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota SR mereka terbabas sebelum terbalik di Jalan Kampung Gana, dekat sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak dalam satu kenyataan berkata, kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu menyebabkan Somineh Engkagang, 17, dan Doyut Nanu, 58, meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala pemandu, Losikan Masadig, 65, Rungkiding Malisim, 85, dan Linah Jaurus, 27, mengalami cedera parah.
Difahamkan, kesemua mangsa bersaudara dan dalam perjalanan balik ke Kg Gana dari pekan Kota Marudu.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Menurut Zairol, setelah melalui satu selekoh menuruni bukit, pemandu hilang kawalan kenderaan itu, menyebabkannya melanggar dinding bukit sebelah kanan dan terbalik di parit bersimen.
“Dua penumpang maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan,” katanya.
Beliau berkata, tiada kenderaan dan individu lain terlibat dalam kemalangan itu, menambah kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
