Dua mayat pelajar ditemui berpelukan

17 Jun 2022 • 10:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - Dua pelajar ditemui mati dalam keadaan berpelukan dipercayai akibat lemas di Sungai Gong Dermin, Kubang Kerian, di sini, pada pagi Jumaat.

Mayat Muhammad Zul Hafiz Azman, 18, dan Luqman Hakim Azman,16, ditemui pada jam 8.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mayat kedua-duanya ditemui kira-kira 20 meter dari tempat mereka turun ke sungai.

“Mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan,” katanya.

AKAN MENYUSUL