Dua mayat rentung dalam pondok pengawal

12 Dec 2022 • 2:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba sedang memeriksa sebuah pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas di Kulim pada malam Ahad.

KULIM - Dua mayat ditemukan dalam keadaan rentung dalam sebuah pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas pada malam Ahad.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dan wanita berusia 25 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada 10.54 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah pondok kawalan berukuran 1.5x2 meter sedang terbakar 50 peratus.

"Kejadian turut melibatkan dua mangsa yang ditemukan rentung dalam pondok tersebut,” katanya di sini pada Isnin.

Menurutnya, pondok tersebut mempunyai pintu jeriji besi yang dikunci dengan rantai besi dan anggota bomba terpaksa memotongnya untuk melakukan kerja pemadaman.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam pondok tersebut dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved