Dua minggu gagal dihubungi, lelaki ditemui meninggal dunia

11 Dec 2025 • 2:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di rumahnya.

PETALING JAYA – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kota Damansara di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan lelaki tidak sedarkan diri pada jam 11.27 malam.

"Bertindak atas maklumat berkenaan sepasukan anggota polis telah ke lokasi kejadian, lelaki yang berusia 53 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Shamsudin berkata, lelaki itu gagal dihubungi sejak dua minggu lalu.

"Difahamkan lelaki itu pernah menerima rawatan pembedahan di bahagian kepala beberapa tahun lalu.

"Mayat telah dibawa ke forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan siasatan lanjut akan dijalankan selepas mendapat laporan bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu mohon tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau pegawai penyiasat Asisten Superintenden Mohd Yunus Abdul Samad di talian 019-7305604," katanya.