
Kota Kinabalu: Dua nelayan dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan.
Jeksin Eming, 36, dan anaknya Jepin Jeksin, 20, mengaku bersalah di hadapan Hakim Elsie Primus atas tuduhan menangkap pelbagai jenis ikan menggunakan bahan letupan di atas bot nelayan tradisional kira-kira 0.1 batu nautika Barat Daya Pulau Sepanggar di perairan Kota Kinabalu jam 7 malam, 10 Jan, tahun ini.
Jeksin, yang merupakan kapten bot itu dijatuhi hukuman penjara setahun manakala Jepin didenda RM5,000 atau enam bulan penjara.
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan denda RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Nurun Nazifah Muhammad Iyen Atim ketika menyampaikan fakta kes memaklumkan mahkamah bahawa pasukan penguatkuasa Maritim yang menjalankan Ops Khas di perairan terbabit memeriksa dan menahan sebuah bot nelayan tradisional yang mencurigakan.
Pemeriksaan mendapati, terdapat dua orang termasuk tekong, kedua-duanya mempunyai dokumen pengenalan diri sah dan terdapat ikan yang ditangkap menggunakan kaedah letupan di atas bot.
Sampel ikan idihantar untuk bedah siasat pada 12 Jan ke Jabatan Perikanan, yang mengesahkan ia ditangkap menggunakan bahan letupan di dalam air, kata mahkamah.
Kedua-duanya, yang tidak diwakili, merayu hukuman ringan.
Jeksin menambah, dia mempunyai anak yang masih bersekolah dan mendakwa ikan itu ditangkap untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual.
DPP Nurun memohon hukuman berat dan pencegahan dikenakan terhadap kedua-dua lelaki itu berikutan keseriusan kesalahan yang dilakukan dan kesalahan itu berleluasa di perairan Sabah.
“Kesan aktiviti pengeboman ikan dianggap sebagai bentuk penangkapan ikan yang paling merosakkan yang akan menjejaskan habitat dan ekosistem laut,” katanya.
DPP Nurun juga memaklumkan mahkamah bahawa Jeksin mempunyai satu rekod sabitan atas kesalahan sama di mana dia didenda RM12,000 atau penjara 12 bulan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

