Dua nelayan hilang ditemukan lemah

5 Sep 2022 • 9:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba menerusi bantuan EMRS merawat luka pada seorang kaki mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.

KOTA TINGGI - Dua nelayan yang hilang di Sungai Telor di sini sejak malam Ahad, ditemukan selamat pada pagi Isnin namun berada dalam keadaan lemah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Kanan II Asmiza Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 9.24 malam Ahad.

Susulan itu seramai tujuh anggota dari BBP berkenaan dikejarkan ke tempat kejadian dengan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Mangsa dijumpai oleh anggota bomba dengan jarak 700 meter pada jam 7.40 pagi tadi di tepi Kampung Sungai Telor.

"Mangsa dikenali sebagai Wan Nain Wan Abd Kadir, 44 tahun dan Nik Norzi Abd Rahman, 48 tahun," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, anggota bomba menerusi bantuan EMRS merawat luka pada seorang kaki mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved