Dua OKT cuba lari dari mahkamah

12 Aug 2026 • 2:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua OKT cuba lari dari mahkamah
Gambar tular dua Orang Kena Tuduh (OKT) cuba melarikan diri dari Mahkamah Majistret Kulim di sini sebelum tangkapan semula dilakukan, pada jam lebih kurang 10 pagi Rabu.
Image from: Dua OKT cuba lari dari mahkamah
Tangkap layar video tular menunjukkan situasi panik di Mahkamah Kulim pada Rabu berhubung kejadian.

KULIM - Dua Orang Kena Tuduh (OKT) dikesan melarikan diri dari Mahkamah Majistret Kulim di sini sebelum tangkapan semula dilakukan, pada jam lebih kurang 10 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua OKT pada mulanya telah hadir ke Mahkamah Majistret Kulim atas pertuduhan bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan membabitkan kes di Serdang.

Menurutnya, kedua-duanya berusia 31 dan 27 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Kulim pada 30 April lalu dan dibenarkan diikat jamin oleh pihak mahkamah sementara menunggu proses perbicaraan.

"Salah seorang telah diikat jamin RM4,000 manakala seorang lagi diikat jamin sebanyak RM3,000 di mana kes ditetapkan sebutan semula pada 8 Jun, 12 Julai dan 12 Ogos untuk serahan dokumen serta pengurusan kes.

"Kejadian dipercayai berlaku semasa proses tangkapan semula oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) yang dikatakan berada di mahkamah sama," katanya.

**media[3612750]**

Jelasnya, setelah selesai urusan sebutan kes di mahkamah iaitu pengurusan kes dan serahan dokumen, kedua-dua OKT tersebut telah keluar melarikan diri melalui pintu belakang mahkamah.

Ini berikutan, katanya, tindakan OKT terlihat kehadiran anggota dari IPD SPS yang berada di pintu hadapan mahkamah.

"Setelah itu, salah seorang daripadanya terus melarikan diri dalam kawasan mahkamah dan turun melalui tiang dari aras satu Mahkamah Kulim manakala seorang lagi telah masuk semula ke dalam serta lari melalui laluan belakang kawasan mahkamah," katanya.

Video kejadian bagaimanapun tular di media sosial menunjukkan situasi cemas di Mahkamah Kulim pada pagi Rabu.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, memaparkan tindakan OKT melarikan diri dengan memanjat pagar luar mahkamah terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved