Dua pakcik berebut tempat dalam bas- “Turun sekarang! Aku dari umur 13 duduk sini..”

LocalEntertainment
29 Aug 2024 • 7:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di platform X memaparkan pertelingkahan antara dua pakcik berebut tempat dalam bas sehingga menarik perhatian warganet dan menerima pelbagai reaksi.

Menerusi video berdurasi, dilihat seorang lelaki memakai baju berwarna merah hitam datang duduk di sebelah seorang lagi penumpang sebelum memarahinya.

Dua pakcik berebut tempat dalam bas

Menurut lelaki berbaju merah hitam, dia merupakan individu yang sepatutnya dan berhak untuk duduk di situ dan bukannya orang lain.

Penumpang berkenaan kemudiannya pula memarahi lelaki tersebut kerana meninggikan suara gara-gara dia duduk di tempat tersebut.

“Yang awak nak marah saya ni kenapa?”tanya penumpang tersebut kepada lelaki berbaju merah hitam.

image is not available

‘Awak berapa lama duduk sini?’

Tidak berdiam diri, lelaki tersebut membidas dan bertanya sama ada penumpang berkenaan telah lama menetap di kawasan sekitar itu atau sebaliknya.

“Awak berapa lama duduk sini? Turun sekarang! Turun sekarang! Kenapa tak berani tak turun? Awak muda atau saya?
“Keluar sini. Awak tahulah siapa duduk lama di sini. Aku dari umur 13 lagi duduk sini,”jawabnya dengan nada tinggi.

image is not available

Sudah penat bertekak, lelaki terbabit mengambil keputusan untuk duduk bersama di tempat berkenaan bersama penumpang tersebut.

Namun, mereka masih bertekak sepanjang perjalanan dan gelagat mereka dirakam oleh pemandu bas.

Tonton video [di sini ]

Pasal tempat duduk pun nak gaduh!

Perkongsian video itu telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana masing-masing akui terhibur dengan kelakuan dua orang penumpang yang dikatakan sudah ‘dewasa’ berebut tempat duduk di dalam bas.

Mereka juga turut memuji kesabaran penumpang lelaki yang memakai baju warna hitam kerana tidak bertindak kasar.

image is not available

image is not available image is not available

Sumber: X @update11111