Dua Papan Kekunci Permainan Razer Dengan Suis Mekanikal Baharu Dilancarkan – BlackWidow V4 Dan V4 X

TechnologyDigital
20 Jul 2023 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer kini memperluaskan portfolio papan kekunci permainannya dengan dua model baharu iaitu BlackWidow V4 dan V4 X. Ini sekaligus menjadikannya antara beberapa pilihan baharu yang boleh dibeli oleh peminat permainan video yang menjadi paparan kekunci mekanikal. Secara umumnya kedua-dua produk ini mempunyai banyak persamaannya dengan BlackWidow V4 Pro sebelum ini, tetapi lebih mampu milik.

image is not available

BlackWidow V4 dan V4 X ini dilengkapi suis mekanikal pada bahagian atas yang turut membolehkan pengguna memilih diantara suis Razer Green Mechanical atau suis Razer Yellow Mechanical melaluinya. Kedua-duanya juga merupakan sejenis papan kekunci bersaiz penuh dengan sistem lampu RGB Razer Chroma yang boleh dikostumasi. Di samping turut memuatkan enam kekunci makro khusus dan roda pelbagai fungsi kawalan.

image is not available

Namun perbezaan mula kelihatan apabila BlackWidow V4 dilengkali ruang tapak tangan diperbuat daripada kulit, selain juga mempunyai empat kekunci media tambahan. Sementara itu BlackWidow V4X pula pada dasarnya adalah papan kekunci yang sama tetapi tiada ruang tapak tangan. Dalam masa sama ia juga menawarkan kekunci multimedia sekunder yang sama, tetapi roda terbinanya mempunyai sokongan Sound Dampening Foam bagi tujuan mengurangkan bunyi kekunci apabila ditekan.

image is not available

Semakan kami menerusi laman rasmi Razer Asia mendapati papan kekunci dijual dengan harga bermula RM659 untuk BlackWidow V4X. Kemudian meningkat kepada RM849 seunit untuk BlackWidow V4.