Dua parah 4WD rempuh treler

LocalCars
30 Jul 2025 • 1:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Pemandu dan penumpang sebuah pacuan empat roda (4WD) cedera parah selepas kenderaan mereka hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah treler lori yang diparkir di tepi jalan menuju ke Sungai Burong di sini, pada Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 1.37 pagi melibatkan pemandu, seorang lelaki, 55, yang cedera di kaki dan dada, dan penumpang wanita, 43, yang patah kaki kiri serta mengalami kecederaan dalaman.

10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tawau, diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Roslie Suyut, dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 1.37 pagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebaik tiba di lokasi kejadian pada jam 2.16 pagi, pasukan bertindak segera mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Rawatan awal diberikan melalui pemasangan pendakap leher dan pemberian bantuan bekalan oksigen sebelum kedua-dua mangsa diangkat dengan alat pengusung dan dihantar ke hospital,” menurut jurucakap.

Operasi ditamatkan pada jam 2.43 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Bomba dibantu oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).