Dua Pegawai JPJ Didakwa Tak Buat Kerja Dengan Baik, Calon Ujian Memandu Kesal Dapat Markah Rendah

LocalPolitics
20 Sep 2025 • 10:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular video di TikTok luahan seorang individu tentang tindakan dua pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang didakwa tidak memantau RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) dan RSM (Rutin Sebelum Memandu) di sebuah sekolah memandu.

Berdasarkan hantaran itu, dua pegawai berkenaan dilihat duduk berehat berdekatan kawasan parkir kereta milik sekolah memandu berkenaan.

Dakwa individu itu lagi, kedua-dua mereka hanya berbual sesama sendiri dan langsung tidak melihat calon memandu yang sedang melaksanakan ujian di bahagian itu.

Apa yang dikesalkan individu itu adalah dua pegawai itu kemudian memberikan markah rendah sahaja sedangkan mereka tidak menjalankan proses RPK dan RSM itu dengan baik.

image is not available

Individu itu juga turut meminta pihak JPJ untuk memantau sesetengah pusat lesen memandu yang terlalu lama menyusun jadual ujian.

image is not available

image is not available

Bukan itu sahaja, calon juga dikatakan terpaksa menunggu giliran begitu lama kerana masalah kekurangan kereta seperti kereta jenis auto yang hanya ada sebuah sahaja di situ.

Bagaimanapun, individu berkenaan sudah memadam hantaran video tersebut daripada akaun TikTok selepas ia mula meraih perhatian ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-19 17:32:28

Wanita Buat Laporan Dakwa Diperas Ugut & Dicabul Tiga Anggota Polis - "Cubit Payudara Ketika Berbincang"