Dua Pegawai Kanan Polis Didakwa Terima Rasuah RM1.25 Juta Demi Tutup Kes Warga Israel Beli Senjata Api

28 May 2024 • 2:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, dua pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner dan Deputi Superitendan telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada hari ini susulan tuduhan terima rasuah sebanyak RM1.25 juta bagi menutup kes jenayah warga Israel membeli senjata api.

Namun begitu, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakauanan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Komisioner Chin Khiam Kong, 54, dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency JSJK Bukit Aman, Deputi Superintendan Suhairon Abdullah, 42, mengaku tidak bersalah di depan Hakim, Azura Alwi.

image is not available

Difahamkan dari laporan Buletin TV3, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain melaporkan terdapat tiga orang pegawai berpangkat Asisten Komisioner Deputi Superintendan dan Inspektor dari JSJK Bukit Aman ditahan di sekitar Jalan Tun Razak bagi bantu kes rasuah RM1.25 juta.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

image is not available 2 months ago

Kuala Selangor: Bekalkan Senjata Api, Pasangan Suami Isteri & Lelaki Israel Berdepan Hukuman Mati Jika Disabit Kesalahan