
"Jika kita amati data ini, kita dapat lihat secara purata hampir dua pekerja terkorban setiap hari akibat kemalangan perjalanan di negara ini," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Geran Bantuan Perkeso Kepada Institusi dan Badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) 2023 di sini hari ini.
