Dua pelajar berusia 17 tahun maut, motosikal ditunggang bertembung

LocalCars
1 Jan 2025 • 3:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SEREMBAN, 1 JAN: Dua pelajar lelaki maut apabila motosikal ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

“Masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR dan Yamaha Lagenda dan kejadian dipercayai berlaku ketika salah seorang mangsa dari arah Bahau menuju ke Kemayan.

“Setiba di lokasi kejadian, Ketika bergerak mendaki bukit, remaja itu dipercayai dilanggar seorang lagi penunggang yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved