Dua pelajar ditahan bantu siasatan miliki video rakan mandi

22 Oct 2023 • 12:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUANTAN: Polis menahan dua pelajar lelaki berusia 16 tahun, bagi membantu siasatan memiliki dan mengedar video seorang kenalan perempuan mereka yang sedang mandi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-dua suspek ditahan semalam, selepas hadir memberi keterangan ekoran laporan polis yang dibuat remaja perempuan berusia 13 tahun itu, pada Jumaat lepas.

“Pengadu mendakwa salah seorang suspek telah memberitahu mempunyai video dirinya sedang mandi dan meminta bayaran RM50 jika mahu video tersebut.

“Pengadu mendakwa video itu disebarkan oleh seorang lagi suspek, kerana ia dibuat semasa mereka berhubung menerusi panggilan video pada Mei lepas,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Wan Mohd Zahari berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana memiliki video lucah yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.