Dua pelajar ditahan rempuh anggota polis, lari sekatan jalan raya

5 Jul 2026 • 3:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua pelajar ditahan rempuh anggota polis, lari sekatan jalan raya

SEREMBAN, 5 JULAI: Polis menahan dua pelajar lelaki selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya, dalam Ops Samseng Jalanan di Taman Panchor Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata kedua-dua remaja masing-masing berusia 14 dan 15 tahun yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 itu, ditahan kira-kira 6.45 petang.

“Kedua-duanya bertindak agresif dengan cuba melarikan diri dan turut merempuh seorang anggota polis, sehingga menyebabkan kecederaan lebam di kepala, pergelangan kaki kanan, tangan kanan dan pinggang.

“Mangsa kemudian menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar dan dibenarkan pulang, selepas pemeriksaan mendapati tiada kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil ujian air kencing terhadap kedua-duanya didapati negatif dan remaja berusia 14 tahun yang juga penunggang, direman dua hari sehingga esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 186 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau berkata 49 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi selama enam jam terbabit, termasuk tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu dan ubah suai ekzos selain 12 motosikal disita.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved