Dua pelajar lelaki didakwa belasah senior di sekolah

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 2:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pelajar tingkatan tiga mengaku salah cederakan mangsa.

image is not available
Ahli keluarga pelajar tiba di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu.

SUNGAI PETANI - Dua pelajar lelaki mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu menyebabkan kecederaan ke atas rakan sekolah ketika berada di sebuah sekolah di sini bulan lalu.

Kedua-dua pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri ketika pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang pelajar tingkatan empat pada jam lebih kurang 12.15 tengah hari di dewan sekolah 21 Julai lalu.

Disebabkan itu, mereka telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di mana hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

**media[3236263]**

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Nor manakala kedua-dua remaja diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Farah Azlinda Zahari.

Bagaimanapun, hukuman ke atas dua remaja itu tidak dapat dilaksanakan berikutan masih menunggu laporan akhlak dan kedua-duanya dibenarkan jaminan sebanyak RM5,000.

Farah Azlinda merayu agar wang jaminan dikurangkan memandangkan kedua-duanya masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan agar tidak mengganggu mangsa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pelajar cedera di mata dipercayai ditumbuk rakan sekolah.