Dua pelajar perempuan bergaduh sebab tak puas hati

6 Aug 2022 • 2:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KLUANG - Rasa tidak puas hati semasa dalam kelas dipercayai menjadi punca dua pelajar perempuan bergaduh di Stadium Taman Kluang Barat di sini pada Khamis sehingga insiden itu tular di media sosial. Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 2.15 petang dan kes itu masih dalam siasatan. "Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Jumaat. Sejak Khamis, tular satu klip video durasi 39 saat memaparkan pergaduhan dua pelajar tersebut dipercayai dirakam pelajar lain yang turut berada di lokasi kejadian. Rakaman tersebut memaparkan seorang pelajar bertudung hitam menyepak kepala dan bahagian badan seorang lagi pelajar yang memakai pakaian sukan berbaju biru hingga mencetuskan pergaduhan. Pergaduhan itu bagaimanapun berjaya dileraikan beberapa pelajar lelaki setelah melihat kejadian semakin tegang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved