Dua pelajar Sekolah Seri Puteri bersinar di Almaty, Kazakhstan

2 Jan 2024 • 4:11 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Dua pelajar Sekolah Seri Puteri raih persembahan terbaik melalui pembentangan di Almaty, Kazakhstan.

Lima individu yang terdiri daripada guru dan pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya terpilih menyertai Persidangan Second International Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Model dengan tema Warisan Dunia di Almaty, Kazakhstan, baru-baru ini.

Mereka adalah Cikgu Noridah Ramlan (Pengetua); Cikgu Zainuriah Zainudin (Guru Pembimbing); Hazeita Mohd Hafidz (wakil ibu bapa) serta dua pelajar iaitu Tengku Puteri An-Nur Ateliea Intan Thuraya Tengku Hishammuddin dan Puteri Elisa Mysara Husni.

Menerusi persidangan itu, delegasi SSP telah berjaya mendapat pengiktirafan persembahan terbaik melalui pembentangan yang disampaikan Tengku Puteri An-Nur Ateliea Intan Thuraya dan Puteri Elisa Mysara.

Kedua-duanya membentangkan topik mengenai tapak warisan dunia baharu UNESCO di Argentina iaitu Kota Ushuaia.

image is not available

Menurut Cikgu Zainuriah, penglibatan delegasi SSP dalam persidangan merupakan pengalaman sangat berharga kepada para peserta.

Ia kerana, banyak ilmu dan maklumat baharu yang diperoleh daripada pelbagai pihak secara langsung dan tidak langsung.

“Alhamdulillah, perjalanan persidangan yang diikuti pasukan SSP berjalan dengan begitu baik sekali.

image is not available

“Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Penasihat Delegasi, Tengku Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj, guru-guru, ibu bapa dan seluruh warga SSP yang menghulurkan pelbagai pertolongan kepada rombongan kami.

“Semoga ALLAH balas segala kebaikan kalian,” katanya kepada Sinar Bestari.

Terdahulu, persidangan yang diadakan di Almaty itu bertujuan memberi pendedahan tentang peranan remaja dan belia dalam memelihara dan memulihara kepentingan tapak warisan dunia UNESCO menerusi simulasi Mesyuarat UNESCO World Heritage Committee.

Setiap pasukan yang menyertai ditugaskan mewakili sebuah negara dan mengenal pasti tapak yang berpotensi diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO.

image is not available
Tengku Hishammuddin Zaizi (kiri) bersama para peserta dari SSP ketika sesi temu bual ke kediaman Duta Besar Argentina iaitu His Excellency Manuel Jose Balaguer Salas di Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat mengenai lokasi yang ingin diketengahkan sebagai tapak warisan dunia di Argentina iaitu Ushuaia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved