Dua pelancong asing terperangkap dalam tokong gua

20 Jun 2024 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua pelancong terperangkap hampir 30 minit dalam sebuah tokong gua di Ipoh pada Khamis ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Foto: Bomba Perak

IPOH - Dua pelancong asing menempuh detik cemas selepas terperangkap hampir 30 minit dalam sebuah tokong gua di sini pada Khamis.

Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai pada jam 2.26 petang membabitkan pelancong lelaki dari China dan wanita warga Korea.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an itu membuat panggilan kecemasan memaklumkan terperangkap akibat pintu utama gua telah dikunci.

"Makluman awal yang diterima, pintu tokong gua terbabit telah ditutup lebih awal daripada waktu sepatutnya iaitu pada jam 2 petang.

"Anggota yang tiba kemudiannya telah mendapatkan bantuan pengurusan kawasan itu untuk membuka kunci pintu berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua pelancong terbabit ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

"Operasi ditamatkan pada jam 3 petang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!