Dua pemandu cedera kemalangan

26 Apr 2023 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Dua pemandu cedera selepas kenderaan masing-masing terlibat kemalangan di Jalan Tamparuli-Ranau berhampiran simpang Kampung Kauluan, Tamparuli di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, mangsa berumur 36 tahun yang memandu kereta Proton Saga FLX dan pemandu lori, 71, dihantar ke hospital Tuaran untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.54 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT MyAir planning student, civil servant fares Kota Kinabalu: With air fares between from Kuala Lumpur to Sabah and Sarawak being the bane of travellers, MYAirline’s RM249 KL-Tawau flight is making the newest low-cost airline popular among Sabahans in the Klang Valley. Read more “Sebaik tiba, seorang mangsa lelaki (pemandu Proton Saga FLX) didapati tersepit di bahagian hadapan namun dapat dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Manakala seorang lagi pemandu turut cedera dan dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudiannya menerima rawatan awal sebelum dihantar ke hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan jam 6.25 petang selepas memastikan kenderaan terlibat dan lokasi kejadian tiada risiko bahaya lain,” katanya.

Abdul Qawie berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.