Dua pemandu mabuk didenda RM20,300

30 Jul 2024 • 5:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Dua lelaki dipenjara sehari dan denda berjumlah RM20,300 oleh Mahkamah Trafik di sini pada Isnin kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Helen Martin, 54, dan Devlin Fedrick, 34, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas tuduhan melakukan kesalahan itu awal tahun ini di sini.

Helen dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,300 atau tiga bulan penjara kerana melakukan kesalahan itu pukul 1.45 pagi, 9 Feb, di Jalan Coastal di hadapan Kompleks Beli-belah Centre Point di sini.

Devlin dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara atas kesalahan yang dilakukan pukul 1.30 pagi, 16 Mac, di Jalan Pintas Kopungit di sini.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Helen dan Devlin, masing-masing merayu hukuman ringan.

Majistret memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara sehari berkuat kuasa mulai Isnin.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 dan RM30,000 serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.

Sementara itu, seorang lelaki diperintahkan membayar denda RM1,000 atau penjara dua minggu kerana terbabit dalam lumba kereta secara haram.

Mohd Gadafi Mattasin, 31, mengaku mengambil bahagian dalam pertandingan atau percubaan kelajuan, yang tidak mendapat kelulusan daripada lampu isyarat Kemajuan hingga lampu isyarat Centre Point, pukul 11.30 malam, 16 Mac tahun ini di Jalan Coastal di sini.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa Gadafi ditahan oleh polis trafik yang menjalankan ‘Ops Samseng Jalanan’ di kawasan tersebut, yang membahayakan diri mereka dan pengguna jalan raya lain.

Kesalahan mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 atau sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Inspektor Suzie S.K. melakukan pendakwaan.

Dalam kes berasingan, seorang pekerja cuci kereta berusia 18 tahun didakwa atas tuduhan mencuri.

Putra Zainudin Amdi mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas pertuduhan mencuri RM128 daripada Tan Pei Shin pada 8 Julai tahun ini, pukul 4.30 petang, di kedai dobi di Beverly Hills Plaza, Penampang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 19 Ogos ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan (ptcm) dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM1,000 serta seorang penjamin.

Di mahkamah sama, seorang lelaki meminta dibicarakan atas pertuduhan pecah rumah dan curi.

Nordin Ahmad didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi yang masih bebas di sebuah klinik pergigian di Plaza Tanjung Aru, jam 8 pagi, 12 Mei tahun ini.

Lovely menetapkan 30 Ogos untuk ptcm dan menawarkan Nordin ikat jamin sebanyak RM2,000 serta dua orang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Al-Hakim Abdul Razak melakukan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.