
Kota Kinabalu: Ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) sering membahaskan isu pendatang tanpa izin, wakilnya seolah-olah alpa dengan kehadiran dua kawasan setinggan tidak sampai satu kilometer dari DUN di Sepanggar di sini.
Tersembunyi di sebalik hutan tebal, penempatan di pantai itu ditonjolkan oleh imej satelit Google Earth yang telah tersebar di media sosial pada Khamis.
Penempatan itu dikatakan semakin hampir dengan bangunan DUN Sabah hari demi hari dan menumbangkan banyak pokok dalam proses itu.

