Dua pengedar dicekup bersama 3.1 kg syabu, wang tunai RM36,155

LocalPolitics
6 Nov 2024 • 8:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kedua-dua suspek yang berusia 36 dan 44 tahun itu dicekup semasa penugasan Op Taring Wawasan selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan. - Foto: PGA

RANTAU PANJANG - Dua lelaki disyaki memiliki dan mengedar dadah dicekup oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan bersama 3.1 kilogram (kg) syabu bernilai RM99,200 yang disorok di dalam but kereta semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah di sini pada Selasa.

Tangkapan pada jam 11.30 malam itu turut merampas wang tunai RM36,155, sebuah kereta jenis Volkswagen (RM60,000) dan empat unit telefon menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM203,355.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kedua-dua suspek yang berusia 36 dan 44 tahun itu dicekup semasa penugasan Op Taring Wawasan selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan.

"Mereka ditahan bagi membantu siasatan dan hasil ujian air kencing menunjukkan kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) ADB (Akta Dadah Berbahaya) 1952 manakala suspek telah dibawa kepada IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Rabu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved