Dua penguatkuasa MBPP cedera, belon disita dari penjaja haram meletup

2 Feb 2026 • 1:26 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Dua anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) cedera selepas belon yang disita dalam satu operasi penguatkuasaan penjaja haram di kawasan sambutan Thaipusam secara tiba-tiba meletup dan terbakar malam tadi.

Memetik laporan Buletin TV3, kejadian berlaku kira-kira 10.45 malam di Ibu Pejabat Bahagian Pelesenan MBPP di Lebuh Union.

Kejadian itu, katanya berlaku ketika anggota Bahagian Pelesenan itu sedang mengeluarkan belon daripada pikap MBPP.

“Difahamkan, belon berkenaan disita daripada peniaga yang didapati tidak memiliki permit perniagaan dipercayai warga asing di Jalan Kebun Bunga di sini kira-kira jam 10.45 malam sebelum dibawa pulang ke premis berkenaan.

“Menurut sumber, peniaga dipercayai mengisi belon dengan gas hidrogen yang lebih murah serta mudah terbakar berbanding helium namun menolak untuk mengulas lanjut kerana siasatan mengenainya masih dijalankan,’’ katanya.

Kejadian itu turut menyebabkan dua anggota yang berada berhampiran melecur dengan seorang daripada mangsa dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi cedera ringan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye memaklumkan MBPP akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu. - 2 Februari, 2026

The post Dua penguatkuasa MBPP cedera, belon disita dari penjaja haram meletup appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved