Dua penjenayah tegar tumpas berbalas tembakan dengan polis

26 May 2026 • 12:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua penjenayah tegar tumpas berbalas tembakan dengan polis
Dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan JSJ Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Kajang, malam Isnin. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Dua penjenayah tegar warga tempatan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, di Kajang, Selangor, malam tadi.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kejadian berbalas tembakan membabitkan pihak polis dan penjenayah itu berlaku pada 9.10 malam.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah Klang.

"Pemeriksaan (di lokasi kejadian) menjumpai sepucuk pistol jenis revolver serta beberapa butir peluru dan kelongsong peluru. Turut ditemukan empat bilah parang, peralatan pecah rumah, topeng muka dan sarung tangan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Kumar berkata, sidang media berhubung insiden itu akan diadakan esok. - Bernama