
Dua pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang.
Berita berkenaan dikongsi oleh pihak universiti menerusi laman Facebook Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.
Kedua mangsa, Dr Nur Shahidah Ab Aziz dan Dr Shareena Fairuz Abdul Manaf mengalami kecederaan berikutan kejadian pokok tumbang di hadapan Apartmen Baiduri, Seksyen 7, Shah Alam.
“Makluman awal dari FKK pada jam 2.20 petang tadi, kedua pensyarah berada dalam keadaan sedar walaupun mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan serta pemerhatian doktor di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam,” maklum kenyataan tersebut.
Keputusan UPKK 2025 Diumum 25 Februari - JAKIM
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Menurut Bernama yang memetik kenyataan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, panggilan kecemasan diterima pada 12.11 tengah hari melibatkan dua mangsa yang terperangkap.
“Komander operasi melaporkan sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah MPV berwarna hitam dan terdapat dua orang mangsa tersepit.
“Kesemua mangsa telah selamat dikeluarkan. Wanita berusia 39 tahun cedera di bahagian muka dan kepala manakala mangsa berusia 42 tahun cedera di bahagian pinggang,” maklumnya.
Tambahnya, dua jentera bersama 12 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam terlibat dalam operasi tersebut.


