Dua penumpang meninggal dunia, bas bawa pelancong China terbalik di Genting Highlands

29 Jun 2024 • 2:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dua penumpang meninggal dunia selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, di sini, hari ini.

Pengarah Bomba Pahang, Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata dua lelaki warga China itu maut akibat mengalami kecederaan di kepala.

“Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Bentong, Pahang,” katanya ketika dihubungi.

Dua penumpang meninggal dunia

image is not available

image is not available

Difahamkan, 19 individu termasuk pemandu cedera selepas bas persiaran yang membawa pelancong China itu terbalik di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.43 pagi.

“Sejurus tiba, didapati dua penumpang tersepit di dalam bas manakala 19 orang mangsa dibawa keluar dari bas.
“Manakala tiga lagi mangsa adalah pemandu dan dua pemandu pelancong warga tempatan.,”katanya.

image is not available

image is not available

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)