Dua pertuduhan amang seksual fizikal: PU Azman diperintah membela diri

26 Dec 2023 • 11:05 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau PU Azman hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Klang terhadap dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Susulan itu, PU Azman, 42, diberikan tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi; memberikan pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh di mana dia tidak boleh disoal balas atau memilih untuk berdiam diri.

Tertuduh yang juga mesra disapa Cik Man memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Azman menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa dekat Kampung Sungai Udang, Klang, masing-masing pada 12.15 pagi dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Hakim kemudian menetapkan 12 Januari ini untuk prosiding bela diri oleh tertuduh.

Azman turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan iaitu lima di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang. - 26 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved