Dua Pertuduhan Fitnah Dan Hasut, Che’gu Bard Mengaku Tidak Bersalah

29 Apr 2024 • 1:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ahli Politik dan Aktivis, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang didakwa ke atas dirinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi satu laporan Sinar Harian, lelaki berusia 45 tahun tersebut mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali di mahkamah tersebut hari ini.

image is not available

Foto: MalayMail

“Saya faham, tidak mengaku salah,” katanya.

Che’gu Bard dilaporkan didakwa atas dua pertuduhan iaitu memfitnah dan menghasut, yang akan merosakkan nama Yang di-Pertuan Agong pada 22 Januari lalu dan awal bulan ini.

“Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa membuat penerbitan menghasut di Facebook, atas nama ‘Chegubard’, di Taman Bukit Cheras, pada jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu.

“Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” tulis laporan tersebut.

Selain itu, Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya Bersatu Johor tersebut juga dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, yang mana kenyataan itu akan merosakkan nama baik Agong di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, Kuala Lumpur pada jam 6 petang, 22 Januari lalu.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” ujarnya.

Untuk makluman, Che’gu Bard merupakan pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan bagi anak muda radikal Malaysia dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum di Malaysia mewakili Parti Keadilan Rakyat.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved