Dua Pesawat TUDM Selamat Mendarat, 41 Rakyat Palestin Tiba Di Malaysia

16 Aug 2024 • 4:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang ke Malaysia selamat tiba di Pangkalan Udara TUDM, Subang pada Jumaat.

Memetika laporan Harian Metro, pesawat pengangkut Airbus A-400M yang diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin itu mendarat di Malaysia kira-kira 2 petang dan 2.15 petang.

41 rakyat Palestin selamat tiba di Malaysia

image is not available

Foto: Bernama

Dalam pada itu, kedua-dua pesawat itu membawa seramai 41 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak yang cedera bagi menerima rawatan di negara ini dan mereka menerima rawatan awal di Hospital Medan di pangkalan berkenaan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut hadir ke ketibaan rakyat Palestin bagi menyambut kedatangan mereka.

Menerusi tinjauan, rata-rata rakyat Palestin kelihatan ceria sejurus tiba ke negara ini dan menerima rawatan di Hospital Medan.

image is not available

Foto: Kosmo!

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Ogos lalu.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)