Dua PPS di Pontian, Batu Pahat ditutup sepenuhnya

23 Sep 2022 • 7:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BATU PAHAT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini dan di daerah Pontian, telah ditutup selepas banjir surut sepenuhnya, hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pontian yang dibuka semalam, ditutup pada pukul 10 pagi tadi setelah air banjir di kediaman mangsa mulai surut.

Sekolah tersebut menempatkan 13 mangsa daripada dua keluarga setelah kawasan di Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya di daerah itu dinaiki air akibat hujan lebat.

Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, di sini, yang dibuka sejak Rabu lepas, ditutup pada pukul 6 petang ini.

PPS tersebut yang menempatkan 44 mangsa daripada 11, ditutup selepas dibuka selama sembilan hari.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved