Dua premis industri dikompaun di Pulau Indah

LocalPolitics
7 Oct 2024 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemeriksaan MBDK mendapati terdapat aktiviti tambahan di premis perniagaan ini.

image is not available
MBDK mengeluarkan lima notis kompaun terhadap premis perniagaan melebur aluminium dan memproses resin plastik.

image is not available
Kedua-dua premis perniagaan memiliki lesen industri yang sah.

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan lima notis kompaun terhadap premis perniagaan melebur aluminium dan memproses resin plastik dalam Operasi Penguatkuasaan Pematuhan Syarat Premis Industri di Pulau Indah.

MBDK dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua premis perniagaan berkenaan memiliki lesen industri yang sah dan iklan 2024.

Namun, semasa pemeriksaan dijalankan di premis berkenaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mendapati terdapat aktiviti tambahan di premis perniagaan tersebut.

**media[2836583]**

"Antaranya seperti pengasingan dan menyimpan sekerap logam, menyimpan tembaga tanpa lesen serta keadaan kebersihan premis juga kurang memuaskan," menurut kenyataan itu di laman Facebook MBDK pada Isnin.

Sehubungan itu, sebanyak tiga kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007.

**media[2836584]**

"Dua lagi kompaun dikeluarkan di bawah UUK 17 undang-undang kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Perbandaran Klang) 2007," kata kenyataan itu.