Dua projek besar TNB di Terengganu mampu menyumbang hasil RM204 juta setahun — RHB Research

LocalBusiness & Finance
29 Jun 2026 • 9:40 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Dua projek besar TNB di Terengganu mampu menyumbang hasil RM204 juta setahun — RHB Research Image from: Dua projek besar TNB di Terengganu mampu menyumbang hasil RM204 juta setahun — RHB Research amree29/06/2026 - 09:40 Projek BESS Santong di Dungun, Terengganu. - Foto ihsan TNB Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Jun — Dua projek strategik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Terengganu dianggarkan mampu menyumbang hasil tahunan berjumlah RM204 juta kepada syarikat itu, menurut RHB Research.

 

Ia melibatkan projek sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) di Santong yang dijangka menjana RM26 juta setiap tahun, manakala projek hibrid solar terapung hidro (HHFS) di Kenyir pula RM178 juta setahun.

 

Sehubungan itu, firma penyelidikan tersebut mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM16.50 sesaham, yang menawarkan potensi kenaikan sekitar 16% selain hasil dividen kira-kira 4%.

 

"Prospek pertumbuhan TNB semakin menarik susulan lawatan kami ke kemudahan BESS 400MWh di Santong dan Stesen Janakuasa Hidro Sultan Mahmud berkapasiti 400MW di Kenyir," jelas RHB Research lagi.

 

Katanya, sistem BESS itu merupakan projek BESS pembentuk grid yang pertama di Semenanjung Malaysia dan berupaya menstabilkan sistem grid elektrik melalui penjanaan voltan dan kawalan frekuensi.

 

Ujarnya, projek bernilai RM380 juta itu adalah sebahagian daripada perbelanjaan modal (capex) terkawal berjumlah RM42 bilion yang sudah diluluskan di bawah Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4).

 

TNB_DagangNews2026

 

Berdasarkan kepada pulangan dibenarkan ke atas asas aset sebanyak 7.3%, RHB Research turut menganggarkan projek tersebut mampu menyumbang kira-kira RM26 juta kepada pendapatan tahunan TNB.

 

"Kami menjangkakan banyak projek BESS dibangunkan pada masa depan bagi memperkukuh kestabilan grid negara, dengan anggaran 3GW berpotensi meningkatkan keuntungan bersih FY28 sebanyak 14%," katanya.

 

Selain itu, ia membangunkan projek HHFS berkapasiti 595MWac di Kenyir yang dijadual siap pada 2028, dengan tenaga boleh diperbaharui (RE) yang dijana akan dibekalkan kepada DayOne Data Centres.

 

RHB Research menganggarkan projek itu mampu menjana pulangan dalaman projek (IRR) 12% dan hasil RM178 juta setahun atau kira-kira 3% daripada unjuran keuntungan bersih tahun kewangan 2028 TNB.

 

Malah, sasaran kumpulan itu untuk membangunkan kapasiti HHFS sehingga 2.5GW berpotensi menjana tambahan pendapatan sebanyak RM750 juta, bersamaan 13% daripada unjuran keuntungan bersih FY28.

 

"Program lanjutan hayat operasi Stesen Janakuasa Hidro Sultan Mahmud dijangka memperkukuh kedudukan TNB sebagai penerima manfaat utama Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)," ujarnya.- DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved