Dua projek pacu aspirasi Kudat jadi hab pemindahan kapal

LocalBusiness & Finance
12 Sep 2024 • 12:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

KUDAT: Daerah ini akan muncul sebagai hab pemindahan kapal yang strategik bagi rantau ini sekiranya projek Pelabuhan Antarabangsa dan Taman Perindustrian Kudat menjadi kenyataan.

Adun Tanjong Kapor Ben Chong Chen Bin berkata pembangunan sebegitu akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Kudat dan rakyat dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak, tetapi juga meningkatkan industri dan ekonomi di Sabah.

Beliau berkata hampir 3,000 ekar di Kg Limau-Limauan, yang terletak di kawasan pantai di sini, dikenal pasti sebagai tapak cadangan dua projek itu.

“Sekumpulan pelabur dari China melawat Kg Limau-Limauan bulan lepas. Saya sendiri mengiringi mereka, bersama Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) Datuk Rubin Balang, meninjau tapak cadangan itu.