Dua Rakan Baik Ruhainies Menafikan Dakwaan Ikut Pada Malam Tangkap Khalwat

Entertainment
19 Mar 2024 • 12:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Nafi Dakwaan Pembantu Peribadi Ruhainies

Tak habis lagi isu khalwat Ruhainies dan Aliff Aziz ni, sekarang dua kawan baik tampil berikan kenyataan. Zahar dan Fyzal selaku rakan karib pelakon menafikan mereka adalah pembantu peribadi yang ikut Ruhainies pada hari insiden itu berlaku. 

image is not available

Memetik laporan New Strait Times, Zahar dan Fyzal menyatakan memang ada individu lain yang ikut pada malam itu namun perlu berpatah balik untuk mengambil baju.

Percaya Ruhainies tidak bersalah 

Kami sangat terkejut apabila mendengar berita dia ditangkap. Mustahil Ruhainies melakukan perkara itu.

Zahar dan Fyzal percaya Ruhainies tidak bersalah seperti yang diperkatakan oleh netizen. 

Dia baik, sopan dan lembut. Dia bukan seperti yang diperkatakan orang lain. Kami tidak mahu mengulas selebihnya kerana kami tidak berada di lokasi ketika kejadian.

Keduanya juga menyatakan pelakon tersebut sangat terkesan sehingga menjejaskan emosinya dan menasihatkannya supaya tak baca komen negatif di media sosial. 

Bagaimanapun, Ruhainies tahu apa yang berlaku. Mereka juga tertekan melihat jumlah komen negatif dari netizen.

Zahar menyatakan Ruhainies masih bekerja seperti biasa namun perwatakan pelakon tersebut telah berubah dan kini lebih banyak mendiamkan diri. 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.