Dua rakan bebas tuduhan edar dadah lebih 3kg

8 Jan 2024 • 5:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan dua rakan daripada dua pertuduhan mengedar dadah lebih tiga kilogram, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membebaskan pemilik pusat cuci kereta, P. Ravi Kumar, 33, dan kontraktor L. A. Adwin, 40, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mereka didakwa bersama-sama mengedar 3,282 gram ketamin dan 333.5 gram ekstasi di kawasan tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Cheras pada 6.50 petang, 4 Mac 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Sean Dudley dan Rayveni Asogan.

Tiga saksi pembelaan termasuk kedua-dua tertuduh memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 27 Nov lepas. -Bernama