Dua Rakan Berdepan Hukuman Mati, Edar 30KG Bahan Terlarang

LocalPolitics
23 Feb 2026 • 4:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Tampin atas tuduhan mengedar bahan terlarang (dadah) jenis methamphetamine seberat 30.601 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.56 juta.

Edar bahan terlarang

image is not available

Memetik laporan Kosmo, tertuduh, Farizul Fauzi Tukiman dan Eddy Sofian Abd Zabir, masing-masing berusia 40 tahun, bagaimanapun tidak direkodkan sebarang pengakuan di hadapan Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali.

Mengikut pertuduhan bersama, mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tepi jalan Kilometer 236.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran Rembau, kira-kira jam 3 petang pada 12 Februari lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

image is not available

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 31 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada mereka.

Artikel lain: Dua Anak Doktor Didakwa Edar 35.58 KG Bahan Terlarang

Terdahulu, media melaporkan pada 19 Februari lalu melaporkan dua lelaki berusia sekitar 30-an yang juga rakan sejak zaman persekolahan ditahan pada jam 3 petang ketika menaiki sebuah kereta sewa jenis Perodua Bezza.

Sumber: Kosmo (Nor Ainna Hamzah)

The post Dua Rakan Berdepan Hukuman Mati, Edar 30KG Bahan Terlarang appeared first on Borak Daily.