Dua rakan lemas di pantai Kuala Muda

16 Jun 2024 • 9:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sekumpulan 13 individu pergi ke kawasan pantai itu sebelum dua daripadanya dilaporkan hilang kira-kira 5 petang tadi. Foto hiasan

KEPALA BATAS - Dua lelaki dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Kuala Muda di sini hari ini, kata pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden Zulkeflee Sulaiman.

Beliau berkata, mangsa dikenali Ho Wei Keat, 26, dan Lim You Yi, 14, lemas ketika mandi di pantai itu bersama rakan-rakan mereka.

"Sekumpulan 13 individu pergi ke kawasan pantai itu sebelum dua daripadanya dilaporkan hilang kira-kira 5 petang tadi.

"Berikutan itu, pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum mayat pertama iaitu Ho ditemukan pada 6.50 petang manakala mayat kedua (Lim) pula dijumpai 7.30 malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved