Dua rakyat Indo tinggal lebih masa dipenjara, denda

13 Aug 2025 • 2:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Dua rakyat Indonesia didenda dan dipenjara kerana tinggal melebihi tempoh di negeri ini selama enam tahun dan 18 tahun, masing-masing.

Samuel Nakasyambo dan Juprih mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain atas pertuduhan dihadapi mereka.

Samuel dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana tinggal di negeri ini selepas Pas Lawatan Kerjanya tamat tempoh pada 30 Ogos 2006 dan tinggal melebihi tempoh selama 18 tahun 10 bulan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dia ditangkap pada jam 2.25 pagi, 29 Julai tahun ini di sebuah rumah di Kg Bulu Silou, Keningau.

Juprih pula didenda RM10,000 atau penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda itu kerana tinggal melebihi tempoh selama enam tahun 10 bulan selepas Pas Lawatan Kerjanya tamat tempoh pada 5 September 2018 dan dia ditangkap pada hari dan lokasi yang sama dengan Samuel.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Juprih membayar denda itu manakala Samuel menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.

Dalam kes berasingan, seorang warga Indonesia diperintahkan membayar denda RM3,000 atau penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Sehruh Taram ditahan di lokasi dan masa yang sama dengan Juprih dan Samuel, selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada anggota imigresen semasa operasi yang dijalankan di kawasan terbabit.

Selepas menjalani hukuman penjara dan membayar denda, semua warga Indonesia terbabit diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen.

Pegawai Pendakwa Mohd Sharifuddin Salim dari Jabatan Imigresen tampil untuk pihak pendakwaan.