Dua rakyat Malaysia cedera akibat letupan bom di Takbai, Thailand

29 Jun 2026 • 4:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua rakyat Malaysia cedera akibat letupan bom di Takbai, Thailand

SHAH ALAM, 29 JUN: Dua rakyat Malaysia cedera selepas kenderaan yang dinaiki terkena letupan bom di Kampung Sapom, Takbai, Narathiwat, Thailand tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari waktu Malaysia, kedua-dua mangsa lelaki berusia 38 dan 45 tahun itu mengalami kecederaan pada badan akibat letupan berkenaan.

Difahamkan, kenderaan jenis Proton X50 yang dinaiki tiga individu melalui laluan di Kampung Sapom sebelum terkena letupan bom. Seorang daripada mereka dilaporkan terselamat.

Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Narathiwat bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ahli Parlimen Sungai Golok dan Takbai, Amin Mat Yusof, mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan kini dihantar ke Hospital Narathiwat untuk rawatan lanjut.

"Kenderaan mangsa juga turut mengalami kerosakan akibat letupan bom berkenaan. Keadaan mangsa adalah stabil," katanya, lapor Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan berdaftar di Malaysia.

"Kita sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu," katanya.

Setakat ini, siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan masih dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved