Dua rakyat Palestin cedera ditembak tentera Israel

8 Apr 2023 • 12:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JERUSALEM, 8 APRIL: Dua rakyat Palestin cedera pada Jumaat apabila tentera Israel melepaskan tembakan semasa serbuan di Jenin di Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jenin untuk menerima rawatan, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Saksi mendakwa kenderaan tentera Israel menyerbu Burkin dan pertempuran tercetus antara penduduk Palestin dan tentera Israel.

Sementara itu, Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu menghubungi rakan sejawatnya dari Israel, Eli Cohen, dan mengutuk serangan dan provokasi terbaharu oleh rejim itu.

Cavusoglu menyampaikan kecaman Ankara terhadap provokasi yang dilakukan pasukan keselamatan Israel terhadap kesucian dan status Masjid Al-Aqsa termasuk serangan udara Israel ke atas Gaza dan Lubnan sambil berkata: “Adalah tidak boleh diterima” untuk menggunakan kekerasan terhadap jemaah yang tidak bersalah semasa bulan suci Ramadan.

Polis Israel dilapor telah menahan 350 rakyat Palestin dari kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved