Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

LocalPolitics
7 Dec 2025 • 9:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Polis menahan dua remaja lelaki selepas video aksi berbahaya mereka menunggang basikal lajak di persimpangan lampu isyarat Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dua remaja itu ditahan di Bukit Lanchong, Shah Alam, semalam.

Beliau berkata satu laporan polis dibuat pada 5.13 petang semalam berkaitan video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan kedua-dua remaja terbabit.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 4 Dis lepas, kira-kira 5.55 petang ketika kedua-dua remaja itu datang dari arah Persiaran Putra Perdana menghala ke Kampung Tengah.

“Mereka didapati menunggang secara berbahaya dengan melanggar lampu isyarat merah dan hampir merempuh sebuah kereta sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata tindakan melulu tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, dan kes disiasat mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Insp Mohd Azizul Hakim Roslan di talian 011-28914495 bagi membantu siasatan, katanya.

BACA: “Suka Lagu Dari Malaysia,” Jawapan Lagu Kegemaran Mat Saleh Ni Buat Ramai Terkejut
BACA: Berjaya Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Indonesia Berpotensi Jadi Negara Kaya Raya

Sumber: Bernama

The post Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.