Dua Remaja Ditemukan Lemas Di Sungai Berhampiran Rumah Panjang Betong

12 Feb 2024 • 9:09 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Takziah buat keluarga mangsa

Dua Remaja Ditemukan Lemas Di Sungai Berhampiran Rumah Panjang Betong. Dua orang remaja dilaporkan lemas ketika mandi-manda di sungai berhampiran Rumah Panjang Batu Lintang Jalan Ulu Layar semalam.

Menurut kenyataan daripada Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, dua orang mangsa yang lemas dikenali sebagai Norman Syakimie Suria Ariffin dan Afiq Aiman Mohd Adress, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.

image is not available
Dua Remaja Ditemukan Lemas Di Sungai Berhampiran Rumah Panjang Betong. Sumber: Astro Awani

“Setibanya di tempat kejadian, mangsa (Norman Syakimie) dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan.

“Mangsa seterusnya (Afiq Aiman) ditemui pada pukul 6.44 petang dan disahkan meninggal dunia apabila Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, melakukan penyelaman ke dasar sungai pada kedalaman lima meter dalam operasi pencarian selama 15 minit,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat orang awam yang berada di tempat kejadian, mangsa bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti riadah dan mandi di sungai berhampiran rumah panjang tersebut.

Panggilan diterima pada pukul 3.53 petang semalam dan anggota BBP Betong digerakkan ke tempat kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi berakhir pada pukul 7.04 malam. Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/tular-isu-sorok-kamera-dalam-bekas-pewangi

https://www.iloveborneo.my/tun-taib-kini-terima-pemantauan-rapi-di-kuala-lumpur