Dua remaja lemas di Papar

1 Apr 2026 • 4:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Dua remaja maut – dipercayai lemas – selepas aktiviti riadah bertukar tragedi di Pokdi Campsite Mandalipau, di sini, pada Selasa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, sepasukan lapan anggota diketuai Pegawai Kanan Bomba Imamat Tawarid bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima makluman mengenai insiden itu pada jam 10.10 pagi.

Beliau berkata kejadian melibatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang berada di tapak perkhemahan berkenaan untuk aktiviti riadah sebelum tragedi berlaku.

Mayat kedua-dua mangsa ditemukan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan pada jam 1 petang.